Monday, November 19, 2007

Bowling Alamorphosis

Salam buat member2 M2M Frenz Club.

"banner penganjur"


"fitri dan azizi interview player team Marsha United"


Pada 10 November 2007 yang lalu, pihak Zainal Alam Kadir melalui syarikatnya Alamorphosis Sdn Bhd telah menganjurkan majlis Bowling Raya Alarmorphosis dan Kelab Peminat AF, pelancaran album ALAMband dan juga Rumah Terbuka Alamorphosis. Majlis yang sepatutnya berlangsung pukul 12 tengahari terpaksa ditunda ke pukul 1.30 petang kerana ada para peserta yang tersangkut dalam kesesakan lalu lintas.



"team Marsha United"




"team Marsha United 2"


Banyak kelab2 peminat Akademi Fantasia (AF FC) telah menghantar pasukan masing2. Begitu juga dengan M2M Frenz Club yang menggunakan nama Marsha United telah menghantar 2 pasukan bowling. Setiap pasukan disertai dengan 4 pemain. Kami telah ditempatkan di lane 33 & 34.

"lontaran pembukaan daripada Alam"


Pada hari tersebut pencapaian team kita kurang memuaskan. Mungkin ada beberapa faktor yang menyebab penurunan tahap permainan. Antara faktor2 tersebut:-
  1. Permainan lambat bermula yang menyebabkan tenaga2 para pemain kita telah terhidrat.

  2. Makanan lambat diberi ~ para pemain kita terasa kurang bertenaga.

  3. Kedudukan lane kami yang betul2 berhadapan dengan band dan loud speaker ~ ganggu konsentrasi.

  4. Pemain drum ALAMband yang dikatakan agak hensem telah mengganggu konsentrasi segelintir pemain kita.

  5. Bola yang selalu tersangkut yang mengakibatkan para pemain panas hati.
Jadi oleh kerana faktor2 tersebut maka team Marsha United berada ditempat 31 dengan jumlah mata 1727 manakala team Marsha United 2 berada ditempat 26 dengan jumlah mata 1811. Walaubagaimanapun tahniah diucapkan kepada para pemain yang berjuang untuk team Marsha United walaupun tanpa kehadiran Marsha disisi. Terima kasih juga kepada member2 yang hadir memberi sokongan tanpa berbelah bahagi.

"MU first game"


"MU2 first game"


"MU second game"


"MU2 second game"


"MU2 final game"


"MU final game"


Dalam acara tersebut Shawal FC telah menjadi juara (2317), Mawi FC (2224) naib juara dan Adam FC (2193) di tempat ketiga. Pemain terbaik lelaki telah disandang oleh Afizal (Alamorphosos) dengan jatuhan pin keseluruhan 602. Pemain terbaik waita pula jatuh kepada Leen (Shawal FC) dengan jumlah 533 jatuhan pin.

"MU total point"


"MU2 total point"


Sekian dulu coretan pada kali ini....babai!!

"untukmu Marsha...."