Sunday, November 25, 2007

Eh! 20 Yang Anggun @ RUUMS KL

Disebabkan mendapat tiket 'last minute', malam semalam saya dan rakan-rakan, Braggs, Zahar & Yatie, berkesempatan ke RUUMS Club KL, di Bgnn Life Centre, Jalan Sultan Ismail untuk menyaksikan Party Eh! 20 Yang Anggun anjuran Majalah Eh!. Rupa-rupanya party kali ini adalah yg ke 8 dianjurkan. Yang nyata, kami ke sana adalah kerana sokongan untuk Marsha, yg terpilih antrara 20 Yang Anggun tahun ini.

Kami ke sana seawal 6 petang semata2 mendapatkan 'goodie bag' atas 'statement' yang tertera di tiket bahawa 300 pembaca2 Eh! yg terawal akan mendapat goodie bag. Kami menunggu sehingga jam 8.15 barulah pintu dibuka, malangnya setibanya geng kami di meja urusetia, kami diberitahu bahawa 'goodie bag' sudah kehabisan stok. Hmmm...

Setibanya kami di dalam, terpaksa menunggu pula sehingga party bermula. Nasib baik lagu2 yg disajikan quite ok. Hosnya adalah Nazril & Sazzy Falak, pasangan hos popular masakini. Party dimulakan dengan dendangan 2 lagu dari err.. band yg agak panjang namanya untuk disebutkan.

Selepas itu, hos memperkenalkan pemenang2 20 Yang Anggun untuk tahun ini. Dengan dress tajaan Sisley, nyata Marsha nampak anggun dengan rambut dan make-up yg meletoppp!!! Apabila tiba giliran Marsha, ramai yg memberikan tepukan gemuruh. Pemenang2 di beri goodie bag eksklusif dan photo frame gmbr masing2 untuk cover majalah EH!.

Selepas sesi fotografi, kami didendangkan pula dengan persembahan beberapa artis dan diselang-selikan dengan games dengan Pembaca2 Eh! yang sememangnya sporting habis!! Marsha adalah antara beberapa artis yg terlibat dengan games di mana beliau dan beberapa rakan artis lain membuat lagak Superheroes - Cicakman, Cat Woman, Superman dan Batman. Para peserta dikehendaki untuk tidak melakukan lagak yg betul apabila satu2 superheroes disebut. Pemenangnya adalah.... Marsha!!!! Yeay!!!... Ada suara2 nakal yg menyebut nama Mawi bila Marsha berada di pentas... Hahahaha.... Persembahan pilihan saya adalah nyanyian dari Imran Ajmain yang nyata mendapat sambutan gemuruh apabila beliau menyanyikan lagi popular masakini yg juga lagu tema drama 'Emil Emilda' dan 'Kerana Cintaku Saerah', iaitu Seribu Tahun.

Zahar dan Braggs mendapat jemputan dari kru dari RUUMS Club untuk masuk ke ruangan khas Artis untuk mengambil gambar2 ekslusif para artis. Kesempatan ini mereka ambil untuk mengambil gmbr2 Marsha bersama rakan2 beliau.

Majlis berakhir pada lebih kurang jam 11 malam. Seperti biasa, adegan 'kiss' pipi dan hugging berlaku antara kami apabila Marsha meminta diri untuk pulang oleh kerana penat.

+sms Marsha - "Thanks for coming!!"

Bravo Marsha!!

Terima kasih suh for the report...ok nie die gambar2 nye...by halle@braggs


Marsha baru sampai...


Dekna, Marsha, n Suki...


Marsha n Suki...


Marsha...Anggun!


Marsha...pose!


EH! 20 Yang Anggun...tp yg dtg 15 org je...


Mase game...Kefli, Zahid, Marsha, Iqram, n Farish...


Zahid out...tinggal nie je...


Iqram plak out...


Farish plak out...


and the winner goes to...MARSHA!