Sunday, December 30, 2007

Dunia Mawi: Cari Tuah 2008


Majukan nyanyian, lakonan dan perniagaan

PANTAS sungguh masa berlalu, sedar tidak sedar 2007 sampai ke penghujungnya. Selamat tahun baru diucapkan kepada semua.

Doa dipanjatkan ke hadrat Ilahi, moga kehadiran 2008 membawa lebih tuah, kejayaan, kebahagiaan dan makna buat kita. Buka lembaran ini dengan semangat berkobar-kobar.

Pun begitu, jangan lupa merenung kembali sejauh mana usaha kita sepanjang 2007. Adakah semua azam kita berjaya dilaksanakan atau masih ada yang tidak sempat dicapai. Andai ada yang tertinggal, apa kata cuba realisasikannya. Ingatlah tiada yang mustahil jika kita berusaha.

Azam saya untuk tahun baru ini adalah lebih berjaya dalam bidang seni suara, lakonan dan perniagaan. Mawi World Sdn Bhd semakin berkembang dan ada banyak perancangan yang bakal menjadi kenyataan sedikit masa lagi. InsyaAllah, kami akan menerbitkan satu program realiti tapi ia masih dalam peringkat perbincangan.

Jika keputusan sudah dicapai kelak, akan saya maklumkan kepada peminat semua. Di harap ia menjadi kenyataan dan memberi lebih ruang kepada Mawi World untuk bergerak lebih kencang dalam persada seni tanah air.

Pesan saya kepada generasi muda jauhilah gejala sosial dan kegiatan jenayah. Saban hari, kisah remaja terbabit dengan vandelisme, lumba motosikal haram, pelacuran, pembunuhan, buli, pengguguran bayi, dadah dan rompakan makin menjadi-jadi.

Mengapa perlu dibazirkan hidup dengan ‘noda’ yang akan mengundang sesal di kemudian hari. Seharusnya, usia muda itu dimanfaatkan dengan aktiviti sihat dan bermoral. Fokuskan sepenuh perhatian kepada pelajaran dan kerjaya yang lebih menjamin masa depan.

Renungkanlah kerana kita yang mencorak kehidupan yang bakal ditempuh kemudian hari. Andai ‘hitam’ yang kita pilih, itulah yang akan kita tanggung seumur hidup. Andai dibasuh sekalipun, kesan yang terpalit masih tidak dapat dapat dihilangkan. Adakah itu yang kita mahu? Tepuk dada tanyalah selera.

Sesungguhnya kita bertuah dilahirkan di negara yang aman dan pesat membangun.

Oh ya, malam esok jangan lupa datang ke Dataran Merdeka untuk sama-sama meraikan kemunculan 2008. Ramai artis akan memeriahkan konsert ini malah saya akan menghiburkan penonton selama setengah jam. InsyaAllah jika tiada aral saya mendendangkan lima lagu berserta gimik yang pasti mengejutkan peminat. Jika ingin tahu bagaimana bentuk gimik itu, jemputlah ke Dataran Merdeka.


Belajar dari pengalaman lalu, tahun ini saya hanya memenuhi satu saja undangan konsert tahun baru. Saya tidak mahu lagi terkejar-kejar seperti dulu. Selain penat, tersangkut pula dalam kesesakan lalu lintas. Sudahnya persembahan terjejas.

Insya-Allah, saya akan memberikan persembahan terbaik malam ini. Diharap semua berpuas hati dengan alunan suara dan gimik saya.

Khamis lalu, saya memeriahkan perlawanan boling anjuran Karyawan di Ipoh. Sejurus tamat acara saya ke Tasik Gunung Helang untuk melakukan tinjauan. Untuk makluman semua, Mawi World memilih tempat ini sebagai lokasi pertandingan memancing yang akan berlangsung Mei depan. Sebagai penganjur, saya kenalah melihat sendiri tasik ini sebelum acara berlangsung.

Malam ini, saya akan menghiburkan tetamu majlis Anugerah Ikon Wanita di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC). Saya harap segalanya akan berjalan lancar.

Di fahamkan, ramai tokoh akan wanita menghadiri acara gilang gemilang ini. Saya cukup kagum dengan kebolehan dan semangat mereka. Terbuktilah wanita hari ini hebat-hebat belaka. Mereka bukan saja memikul tanggungjawab sebagai isteri dan ibu dengan cemerlang malah berjaya dalam karier yang diceburi.

Sebelum mengundur diri, saya ingin mengucapkan sekali lagi selamat tahun baru kepada semua peminat dan pembaca setia ruangan ini. Saya memohon maaf andai coretan saya dalam Dunia Mawi mengguris perasaan pembaca sepanjang ia disiarkan.

Terima kasih juga kepada Metro Ahad kerana memberi ruang kepada saya berkongsi cerita dengan peminat. Saya juga sangat terharu kerana ruangan ini terus dikekalkan.

Ini semua berkat sokongan teman media dan juga orang ramai. InsyaAllah saya akan melaksanakan amanah ini sebaik mungkin.

Sekian, wassalam...

METRO AHAD 301207

* Jangan lupa tonton Oh Lelaki! malam ini - episod Mawi

Mawi Janji Aksi Dahsyat


MESKIPUN keadaan cuaca tidak menentu, Kumpulan Ambank yakin dengan kehadiran penyanyi nombor satu negara, Asmawi Ani (Mawi), 26, dapat menarik perhatian peminat ke Konsert Sinaran Kuala Lumpur 2008 yang diadakan di Dataran Merdeka pada 31 Disember ini.

Pengerusi Kumpulan Ambank, Tan Sri Azman Hashim, berkata berdasarkan penganjuran konsert lalu yang berjaya mendapat sambutan hampir 100,000 penonton walaupun keadaan cuaca ketika itu hujan.

“Masih saya ingat lagi pada penganjuran konsert yang lalu, keadaan hujan tidak dihiraukan penonton malah mereka bergembira dan setia hingga ke akhir konsert. Ini membuktikan betapa semangatnya rakyat Malaysia untuk menyambut Tahun Baru.

“Walaupun persembahan itu tidak dijayakan Mawi, ia tetap meriah dengan kehadiran hampir 100,000 penonton.

“Justeru, dengan pembabitan Penyanyi Paling Popular di tanah air sekarang iaitu Mawi dalam Konsert Sinaran Kuala Lumpur 2008 pastinya lebih meriah sekali gus menarik lebih ramai penonton,” katanya.

Konsert percuma bernilai lebih RM1 juta ini dianjurkan bersama Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) dan Majlis Tindakan Pelancongan Kuala Lumpur selaku rakan penaja.

Tan Sri Azman menambah, selain berhibur beliau mengharapkan konsert bertemakan ‘muhibah’ ini dapat memupuk semangat cintakan negara.

“Kebelakangan ini, kesejahteraan negara diuji apabila ada pihak tidak bertanggungjawab melakukan pelbagai agenda yang boleh memecahbelahkan kepercayaan rakyat.

“Perkara ini tidak boleh dipandang ringan dan kita haruslah bersatu menjaga keharmonian negara. Penganjuran konsert ini saya lihat sebagai salah satu ‘platform’ bukan untuk berhibur semata-mata malah memupuk semangat cintakan negara.

“Ia percuma dan semua rakyat Malaysia tanpa mengira bangsa, kaum dan agama dialu-alukan memeriahkan konsert ini. Selain acara nyanyian dari artis popular tanah air, persembahan bunga api secara besar-besaran turut diadakan,” katanya.

Pelancaran Konsert Sinaran Kuala Lumpur 2008 yang dirasmikannya di Restoran Seri Melayu, Jalan Conlay, Kuala Lumpur pada 24 Disember lalu, turut dihadiri Pengurus Besar Majlis Tindakan Pelancongan Kuala Lumpur, Noraza Yusof dan Ketua Pegawai Operasi Maestro, Freddie Fernandez.


Sementara itu, Mawi menjanjikan persembahan lain dari lain, pada acara itu nanti mungkin melakukan aksi silap mata yang lebih dahsyat daripada sebelumnya.


“Saya mahu persembahan sempena sambutan Tahun Baru itu menjadi suatu acara cukup istimewa dan membuatkan semua peminat dan penonton terhibur.

“Sebagai insan saya juga berazam memperbaiki mutu vokal dan persembahan, menjadi insan lebih baik selain mendalami lagi ilmu silap mata dan bekerja keras lagi untuk terus berjaya dalam bidang seni.


Selain Mawi, ia turut dijayakan M Nasir, Mila, Awie dan kumpulan Wings.
Acara diserikan lagi dengan persembahan dari peserta ‘World Drums Festival Kuala Lumpur 2007’ yang terdiri dari Thailand, Singapura, Sri Lanka, Vietnam dan tuan rumah sendiri iaitu Malaysia.

HARIAN METRO 291207

Tuesday, December 25, 2007

Marsha mahu terus berlakon

Semakin seronok dengan kerjaya lakonan walaupun mencabar


DULU dia hanya dikenali sebagai penyanyi kerana lahir daripada program realiti nyanyian. Kini secara perlahan-lahan, Marsha Londoh mula mencari peluang untuk mengembangkan bakatnya dalam lakonan pula.

Disebabkan bidang ini terlalu baru, dia tidak menafikan agak kekok juga untuk membiasakan diri.

Marsha, yang menjadi pelakon utama dalam drama bersiri yang disiarkan secara online, Kerana Karina, mengakui bidang lakonan mencabar dirinya.

Setelah menempuh sendiri pengalaman itu, dia yang ditemui pada sidang media yang mengangkat drama itu sebagai drama pertama online sekali gus diiktiraf dalam Malaysia Book of Records (MBR), menyanjung tinggi ketabahan warga pelakon.

“Biarpun ini adalah kali pertama saya ceburi bidang lakonan, namun dapat rasai bahawa bidang ini sangat susah berbanding nyanyian.

“Selama 10 hari berada di lokasi, saya berasa sangat letih namun seronok kerana ikatan kemesraan bersama rakan artis sepanjang penggambaran itu membuatkan saya turut mencintai bidang ini,” katanya.

Tambah Marsha, Kerana Karina ini menjadi langkah awal untuk dirinya menceburkan diri secara lebih serius dalam lakonan. Tambahan pula, menerusi drama itu dia diberikan peranan utama.

“Saya bertuah apabila pembabitan saya secara serius dalam bidang lakonan mendapat bantuan dari pelakon berpengalaman seperti Zizan dan Sazzy Falak.

“Kalau dilihat kembali drama itu, saya sedikit kecewa kerana banyak lagi aspek lakonan yang harus saya tingkatkan sekiranya masih di beri peluang berada dalam bidang ini lagi,” jelasnya.

Penampilan Marsha sebagai pelakon sebenarnya sudah bermula menerusi filem Misi: 1511 tetapi hanya muncul dalam masa terlalu singkat iaitu satu babak saja. Ini membuatkan pembabitannya dalam lakonan tidak dipandang langsung oleh banyak pihak.

“Jika diikutkan sebelum ini pun saya pernah berlakon dalam filem Misi 1511 tetapi sekadar pelakon sampingan saja. Selepas itu juga saya juga pernah bersama satu produksi drama 26 episod. Saya hanya sempat melakonkan sebanyak 20 episod saja, malangnya drama itu tidak dapat dikeluarkan stesen televisyen kerana mempunyai sedikit masalah.

“Sepanjang penggambaran dijalankan sepanjang 10 hari banyak ilmu lakonan dapat saya timba daripada rakan artis. Itupun ditambah dengan sedikit asas lakonan yang saya belajar semasa berada dalam Akademi Fantasia lalu,” katanya.

Menurutnya lagi, memang tidak dinafikan apa yang dilakukan oleh gua.com.my adalah sesuatu yang baru tetapi maklum balas yang diterimanya cukup memberangsangkan.

Bahkan, Marsha sendiri menjelaskan, kemunculannya dalam drama yang boleh dilihat dengan melayari gua.com.my itu turut mendapat reaksi positif daripada kenalan rapat dan peminatnya.

Sementara itu pelakon yang mula bersinar sejak menjadi hos pada program Realiti, Zizan Nin berkata dirinya teruja menerima tawaran untuk menjayakan drama yang dianggap menarik.

“Melalui gua.com.my ini saya melihat konsep yang diperkenalkan ini cukup unik. Ini adalah strategi yang berbeza daripada drama yang sedia ada. Saya melihat usaha yang dibuat oleh pihak gua.com.my ini peka dengan kehendak golongan yang sentiasa melayari internet.

“Biarpun golongan ini tidak seramai yang menonton televisyen, namun ia menjadi pelopor kepada pengusaha program untuk menghasilkan lebih banyak program menarik agar golongan melayari internet lebih bertambah,” katanya yang sedang menunggu filem terbaru disiarkan tahun depan berjudul Cinta Terakhir.

Di majlis pengiktirafan drama Kerana Karina oleh MBR yang diadakan baru-baru ini, Pengurus Besar Alt Media Sdn Bhd, M Zulkifli Abd Jalil berkata drama terbitan Grand Brillance Sdn Bhd (GBSB) kini menerima lebih 12 juta pengunjung sejak dilancarkan September lalu.

“Sehingga kini kita sudah menerima seramai 45,000 ahli yang berdaftar melalui laman web ini. Kami menjangka jumlah penonton bakal bertambah berdasarkan kejayaan yang memberangsangkan setakat hari ini.

“Diiktiraf sebagai perintis drama online pertama memberi semangat kepada semua yang terbabit dalam projek ini. Ia memotivasikan lagi kami untuk terus berkarya melalui internet,” katanya.

BERITA HARIAN 241207

Dunia Mawi: Aidiladha di ibu kota



Keluarga datang ke Kuala Lumpur menyambut lebaran bersama


ASSALAMUALAIKUM dan salam sejahtera. Meskipun menyambut Aidiladha di ibu kota, kehangatan hari penuh keberkatan ini tetap dirasai. Saya sangat berbesar hati apabila keluarga sanggup datang ke Kuala Lumpur untuk menyambut lebaran bersama saya.

Niat di hati memang mahu pulang ke Felda Taib Andak tapi tidak kesampaian kerana terikat dengan undangan persembahan. Mujurlah ibu, kakak dan adik memahami.

Jumaat lalu, saya menjayakan persembahan di Restoran Sri Melayu. Dalam majlis itu saya meraikan 150 anak yatim daripada Perkim. Alhamdulillah persembahan berjalan lancar, malah saya senang hati apabila semua adik comel yang diraikan hari itu kelihatan sangat gembira.

Walaupun sebahagian besar malu-malu, ada juga yang turut menyanyi. Melihat keletah mereka, saya terhibur. Tidak mengapalah beraya di Kuala Lumpur, asalkan semua adik ini bahagia.

Minggu ini juga saya ingin berkongsi pengalaman menghadiri Festival Silap Mata Sedunia di Genting Highlands. Dengan ditemani kakitangan Mawi World Sdn Bhd, saya tidak lepaskan peluang menghadiri bengkel silap mata untuk mempertajamkan lagi kemahiran diri.

Bengkel itu menghiburkan. Banyak juga teknik baru yang saya dan rakan pelajari. Tidak sangka, rakan saya juga jatuh cinta dengan silap mata. Mereka bersungguh-sungguh mempelajari apa diajar. Pecah perut dibuatnya melihat gelagat masing-masing cuba menguasai teknik yang diajar.

Selain bengkel, kami tidak lepaskan peluang menyaksikan pertunjukan dan pertandingan silap mata oleh pemain silap mata amatur serta profesional dari seluruh dunia.

Paling menarik perhatian ialah persembahan ahli silap mata terkenal, termasuk dari Amerika Syarikat, United Kingdom dan Russia. Memang meriah dan menakjubkan. Sebelum ini saya hanya menyaksikan persembahan mereka di kaca televisyen, tetapi kali ini ia berlaku betul-betul depan mata.

Pengalaman ini sungguh bermakna buat saya. Banyak teknik dan helah baru yang saya pelajari. Secara tidak langsung ia memberi idea kepada saya untuk mencuba sesuatu yang baru dalam persembahan saya. Menerusi festival ini juga, saya mempelajari cara menarik perhatian penonton.

Kalau ikutkan, saya diundang menjadi juri pertandingan silap mata amatur, tetapi jemputan itu tidak dapat saya penuhi berikutan terikat dengan komitmen lain. Ralat juga kerana peluang sebegini bukan datang selalu. Apatah lagi ia membabitkan penyertaan banyak negara. Apa boleh buat, sudah tertulis saya hadir hanya sebagai penonton.

Pada kesempatan ini saya ingin mengucapkan terima kasih kepada pengurusan Genting, terutama Tun Hanif Omar dan Datuk Anthony, kerana memberi layanan istimewa sepanjang kami di sana.

Sebut silap mata, jangan lupa saksikan aksi saya dan sifu silap mata saya, Steven dalam program Oh Lelaki yang bakal bersiaran 30 Disember ini. Menerusi acara diacarakan Fara Fauzana dan Nana itu, Steven akan memotong kepala saya menggunakan mesin pancung.

Kalau nak tahu, banyak yang saya belajar daripada Steven. Dia bukan saja berpengalaman luas, malah mengusahakan kedai barangan silap mata.

Sebelum berundur, saya ingin berterima kasih kepada RTM dan peminat kerana lagu dendangan saya Al-Janah tersenarai dalam pertandingan juara nasyid. Diharap lagu ini dapat bertahan hingga ke pertandingan akhir. Jika mahu mengundi lagu ini, layari nmi@islam.gov.my atau SMS ke NMI mv118.

Sampai di sini saja. Selamat Aidiladha diucapkan kepada umat Islam seluruh negara. Dalam bergembira, jangan lupakan mereka yang tiada. Sama-samalah kita membantu supaya keriangan lebaran dapat dikongsi bersama. Sekian, wassalam.

Metro Ahad


Friday, December 21, 2007

Mawi & Marsha @ Rafllesia The Pearl Centre Anniversary Gala

Date: 18 Disember 2007
Venue: Grand Ballroom, Grand Millenium Hotel, Kuala Lumpur




so kiuuutt.. hahaha...


vogue, you!


minum air apa tu, mawi? heehee...


gorgeous as always...


"Marsha, jom posing ngan Mawi?"


"Mawi sudah sampai ka?"


"Dah.."


"Jom!"..


"Smile!"


pictures credit to klubbkidd, mrmanager and minaq jinggo

Wednesday, December 19, 2007

Selamat Hari Raya Aidil Adha!



Kami di M2MFrenz ingin mengucapkan

SELAMAT HARI RAYA AIDILADHA

Enjoy this raya song "Fahamilah Hati Kekasih di Hari Raya" from Marsha & Hady Mirza, Asian Idol 2007, taken from their performance at Night of Soulful Stars recording at FINAS last Raya Puasa.





Watching the performance, saya lihat Marsha dan juga Hady sama2 'nervous' menyanyikan lagu duet ini. Marsha, mungkin kerana kebanyakan note lagu ini agak tinggi dan beliau baru sahaja selesai menyanyikan lagu Untuk Terakhir Kali, yang juga mempunyai note yang hampir serupa. Ataupun kerana Hady terlalu hensem? Hady pula, mungkin kerana ini pertama kali beliau membuat persembahan di Malaysia, dengan our lovely princess plak tu!. Saya lihat ada riak kagum dari wajah Hady melihat Marsha yang menawan dan vokal Marsha yang supeb! Saya yakin beliau sungguh kagum hinggakan menarik tangan Marsha untuk melihat Marsha dari dekat. Hahahah...

Anyway, di kesempatan ini, saya ingin mengucapkan tahniah buat Hady Mirza atas gelaran yg beliau dapat dari ribuan SMS sempena pertandingan Asian Idol 2007. Terdetik rasa bangga secara tiba2 bila memikirkan yang Marsha pernah berduet dengan Asian Idol yang baru dinobatkan ini. Hahaha...


video ehsan mediaprima/ntv7


Monday, December 17, 2007

Mawi: Usah Guna Nama Saya!


SHAH ALAM: “Jangan gunakan nama saya untuk mengurat wanita atau memperdaya sesiapa demi kepentingan diri sendiri. Ia taktik lapuk.

“Jadilah lelaki bermaruah serta gunakan kelebihan diri sendiri untuk melakukan sesuatu perkara dan tidak menyamar bagi mendapatkan apa yang dihajati,” itu amaran juara Akademi Fantasi ke-3 (AF3), Asmawi Ani atau Mawi (gambar), semalam.

Mawi memberikan amaran itu selepas menyedari ada individu tidak bertanggungjawab menggunakan namanya untuk memikat wanita sejak sebulan lalu.

Menurut penyanyi kelahiran Felda Taib Andak, Kulai, Johor itu, selain tidak bermaruah, perbuatan berkenaan turut merosakkan imej dirinya kerana mungkin ada pihak menganggap pemanggil itu Mawi sebenar.

“Saya muak dengan perbuatan individu seperti itu kerana mungkin mereka menganggap jika ‘menjual’ nama saya, pasti apa dihajati dapat diperoleh.

“Tolong jangan ambil kesempatan kerana orang sekarang bukannya mudah untuk percaya dengan perkara seperti itu. Saya sendiri pun tidak tergamak menjual nama bagi mendapatkan kekasih atau keperluan lain,” katanya.


Justeru, penyanyi yang popular dengan lagu Aduh Salihah itu meminta individu yang menjadi mangsa cubaan menipu oleh lelaki tidak bertanggungjawab itu melaporkan kejadian berkenaan kepada pihak berkuasa untuk diambil tindakan.

“Saya tidak akan menggunakan nama saya sendiri untuk kepentingan peribadi atau memperdaya orang ramai.


“Saya mahu menjalani hidup bermoral dan bersyukur dengan apa yang dimiliki kini. Saya tidak akan lakukan perkara yang boleh menjejaskan reputasi atau imej diri yang dibina selama ini semata-mata mahu memikat wanita dengan menggunakan taktik lapuk itu,” katanya.

Mawi nyata berang sebaik mengetahui beberapa individu menghubungi Harian Metro memaklumkan seorang lelaki cuba memperdayakan beberapa gadis dengan memperkenalkan dirinya sebagai ‘Mawi’ selain turut menabur pelbagai janji manis.


Lelaki terbabit dipercayai dari selatan tanah air dan turut menggunakan khidmat seorang lagi rakan wanitanya untuk memerangkap individu yang kononnya bakal menjadi mangsa.


Taktik lelaki itu ialah menghubungi telefon bimbit mangsa secara rambang sebelum meminta untuk bercakap dengan Cikgu Sahak.


Seorang wanita yang hampir menjadi mangsa memberitahu Harian Metro, ‘Mawi’ pada mulanya berlagak kononnya mahu bercakap dengan Cikgu Sahak, namun selepas diberitahu tersalah nombor, lelaki terbabit mula ‘jual minyak’.


“Saya kata saya bukan Cikgu Sahak dan tidak perlu tahu identiti saya, tetapi lelaki terbabit berkeras sebelum memaklumkan dia adalah ‘Mawi’ dan saya bertuah kerana dihubunginya.


“Saya kata tidak perlu jadi penipu kepadanya dan terus meletakkan telefon.

Bagaimanapun, lelaki terbabit menghantar SMS dan bertegas mengakui dia ‘Mawi’,” katanya.


Wanita yang enggan identitinya disiarkan itu kemudian dihubungi seorang wanita yang memaklumkan lelaki yang bercakap dengannya sebelum itu ‘Mawi’ sebenar.

Bagaimanapun, panggilan itu kemudian turut diputuskannya sebelum memaklumkan perkara itu kepada suaminya dan membuat keputusan mendedahkan perbuatan lelaki pengecut terbabit bagi mengelakkan wanita lain menjadi mangsa.

Harian METRO

Ulasan Penuh Bowling Underneath Pokok Kelapak


Kami ingin melihat Marsha gembira sebagaimana beliau menggembirakan kami, para peminatnya! Itulah salah satu tujuan kami di M2MFrenz yang bergabung dengan beberapa fan club Marsha yg lain dalam menjayakan Bowling Underneath Pokok Kelapak kali ini.


Sebagaimana yg anda tahu, 9 Disember lepas , gabungan beberapa fan club Marsha, iaitu Marsha United telah menganjurkan Pertandingan Bowling yg diberi nama 'Bowling Underneath Pokok Kelapak'. Untuk pengetahuan semua, Marsha turut sama dalam perbincangan awal dalam menjayakan Bowling Tournament kali ini.

Pertandingan bertempat di Ampang Superbowls, Berjaya Times Square bermula 9.30 pagi. Kami, para petugas dan ahli komiti Marsha United, kebanyakkannya sampai pada pukul 9.00 pagi. Ada yang datang lebih awal untuk menyudahkan kerja2 terakhir yang tidak dapat disiapkan semalamnya.

Pendaftaran bermula tepat 9.30 pagi. Sebanyak 48 pasukan memenuhi lane bowling yang terdiri dari 4 orang setiap pasukan. Kami kagum kerana ada team yg sungguh teruja untuk bermain hinggakan mereka tiba lebih awal dari kami dan ada yang menunggu di depan meja pendaftaran. Syabas atas semangat kesukanan yg anda tunjukkan! Tahniah juga buat rakan2 artis, bloggers dan media yg turut sama memberi sokongan untuk Marsha dan team masing2. Antara yang hadir adalah Heliza, Amylea, Shawal, Noni, Diddy, New Boyz - Tomok & Ristoe, team Majalah HAI, team gua.com.my dan bloggers tersohor, Joe Lee a.k.a klubbkidd dan Badrul.

Marsha tiba tepat jam 10 pagi bersama Nadia, PR dari Maestro. Para komiti yg bertugas merasa sungguh bersemangat dengan kehadiran beliau yg menambahkan lagi 'aura' semangat kami. Sponsor kami kali ini ialah www.gua.com.my dan Cupcakes Kitchen. Goodie bags tajaan Gua.com.my dan sarapan pagi sempat diberi sejurus sebelum pertandingan bermula.
Pertandingan dimulakan pada jam 11.00 pagi dan berakhir pada jam 12.45 tengahari. Setiap pasukan bermain 3 games. Sebelum acara penyampaian hadiah bermula, Marsha, Heliza & Amylea, dengan secara spontan telah menghiburkan para pemain dan peminat dengan lagu 'Mencintaimu'. Kedua2 Marsha dan Heliza pernah menyanyikan lagu ini semasa persembahan show masing2. Kami semua terpegun dengan kerjasama ketiga2 artis yang masing2 menunjukkan vokal mereka yg 'power'. Seterusnya, Marsha meminta Heliza menyanyikan sebuah lagu untuk beliau di mana Heliza menyanyikan lagu 'Cinta di Lautan Lalang' dengan iringan dan sorakan dari para peminat beliau yg memang happening!

Sejurus sahaja Heliza selesai menyanyi, kami, para komiti Marsha United menyanyikan lagu 'Happy Birthday' sebagai kejutan Harijadi Marsha yg jatuh pada 6 Disember lalu. Kek yang ditempah khas dari Secret Recipe itu dibawa perlahan2 dari arah kaunter hinggalah ke hadapan Marsha. Saya lihat, Marsha menutup separuh mukanya tanda terkejut dan menitiskan air matanya kerana terharu yang amat sangat. Beliau difahamkan tidak menyangka yang kami akan membuat kejutan tersebut. Yang nyata, beliau kelihatan begitu gembira dengan sambutan penuh kejutan ini.

Selepas kek dipotong, acara diteruskan pula dengan majlis penyampaian hadiah. Tahniah kepada pemenang yg berjaya! Keputusan penuh boleh diperolehi di SINI. Hadiah saguhati diberi pada setiap 48 pasukan yang bertanding berupa cupcakes sumbangan Cupcakes Kitchen. Hadiah tempat ke 4 hingga 10 menerima sebuah ‘hamper’ manakala 3 pasukan teratas menerima ‘hamper’ dan ‘plaque’ pokok klapak. Pemain terbaik lelaki dan wanita menerima sebuah ‘mug’ yang direka khas. Bagi pemain yang paling sedikit mengutip mata atau lebih popular dengan gelaran ‘juara longkang’, mereka menerima sebiji buah kelapa seorang.

Majlis berakhir lebih kurang pukul 2.30pm. Terima kasih yang tak terhingga diucapkan kepada penganjur, ahli komiti Marsha United, para pemain dan peminat yang sudi hadir dalam menjayakan bowling Underneath Pokok Kelapak 2007. Insya Allah, tahun hadapan, kita jumpa lagi!


POKOK KELAPAK WORLD!!

*gmbr akan ditepek kemdn

Sunday, December 16, 2007

Dunia Mawi: Hargai FELDA

Penuhi undangan walaupun keletihan

ASSALAMUALAIKUM. Malam ini Pusat Konvensyen Kuala Lumpur (KLCC) pasti berseri dengan Konsert Malam Amal 1001 Gemilang. Saya berbesar hati kerana terpilih menjayakan persembahan besar-besaran ini di samping dua penyanyi tersohor negara, Jamal Abdillah dan M Nasir.

Saya difahamkan, segala kutipan dan sumbangan projek amal ini akan disalurkan ke beberapa badan kebajikan dan mereka yang memerlukan.

Selain dihiburkan dengan lagu solo, penonton akan diperdengarkan dengan lagu duet. Malah saya akan menampilkan kelainan dalam penyampaian lagu Cinta Zulaika.

Jom Heboh 2007 melabuhkan tirainya Ahad lalu. Masih segar di ingatan betapa meriahnya pekarangan Stadium Shah Alam. Dari pagi hingga ke malam saya setia di sana.

Seperti biasa saya beramah mesra dengan peminat di gerai Mamee dan pada sebelah petang saya beralih pula ke gerai Power Root.

Pengunjung tidak putus-putus berkunjung ke gerai. Ada yang mahukan tandatangan dan tidak kurang juga merakam gambar untuk kenang-kenangan. Usai tugas itu, saya bergegas ke pentas utama untuk melakukan ‘sound check’. Selepas berpuas hati, saya berehat di belakang pentas sementara menunggu giliran menyanyi.

Saya bertolak pulang ke rumah kira-kira jam 12 tengah malam. Penat sungguh, sampai saja di rumah saya terus tidur.

Keesokan harinya (Isnin lalu), saya memenuhi undangan Majlis Anugerah Belia Felda Malaysia di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC). Walaupun penat belum hilang dan kurang sihat, saya gagahkan diri menyampaikan lima lagu. Seboleh mungkin saya tidak mahu menghampakan penganjur, apatah lagu saya juga anak Felda.

Pada kesempatan ini saya ingin mengucapkan tahniah kepada anak Felda yang menerima pengiktirafan di atas kecemerlangan mereka.

Setinggi-tinggi penghargaan juga kepada Felda dan Seranta Felda kerana mengundang saya menjayakan acara ini dan tidak jemu-jemu menyokong kerjaya saya selama ini.

Rabu lalu, saya dan juara Akademi Fantasia 5, Mila menghiburkan tetamu jemputan majlis ulang tahun isteri Timbalan Perdana Menteri, Datin Seri Rosmah Mansor di Hotel Ritz Carlton. Ramai kenamaan hadir dalam majlis itu. Saya tumpang gembira melihat Datin Seri Rosmah ceria sepanjang majlis berlangsung.

Baru-baru ini saya diundang menghiburkan 7,000 kakitangan Mercantile Point Sdn Bhd (MPSB) di Mines Exhibition Centre.

Selain saya, Misha Omar, Ziana Zain dan Maya Karin mendendangkan beberapa lagu. Kehadiran Fara Fauzana, Afdlin Shauki dan Harith Iskandar sebagai hos menggamatkan lagi suasana.

Meskipun jadual harian padat, saya tidak ketinggalan mempersiapkan diri untuk kemuncak Anugerah Juara Lagu 22 (AJL22) yang bakal berlangsung tidak lama lagi.

Saya berlatih menari di studio tarian pejabat baru Mawi World Sdn Bhd di Wangsa Maju. Insya-Allah, akan ada kelainan dalam gerakan tarian saya.

Sampai di sini untuk minggu ini. Insya-Allah minggu depan saya akan berkongsi pengalaman mengikuti bengkel silap mata di Genting Highlands. Wassalam.

Metro Ahad

Pejabat Baru Mawi


Ubah suai menelan belanja RM80,000


DENGAN keluasan 2,800 kaki persegi, pejabat baru Mawi World Sdn Bhd (MWSB) kini menjanjikan lebih keselesaan. Diilhamkan oleh Casa Impian Holdings Sdn Bhd (Casa Impian), susun atur dan dekorasinya tampak kemas dan mendamaikan. Kombinasi sentuhan moden dan nusantara memberi impak menarik.

Melihat hasilnya, pengubahsuaian yang menelan belanja RM80,000 itu nyata berbaloi. Selain bilik urusan yang menempatkan kakitangan MWSB, pejabat ini turut dilengkapi ruang tamu, pantri, studio tarian dan fotografi.

Ruang tamu dibahagikan kepada sudut menunggu dan bar. Lebih menarik, ruang yang menerapkan konsep terbuka ini boleh dipraktikkan sebagai bilik seminar. Dilengkapi projektor, ia boleh memuatkan 40 peserta.

Ketika berkunjung ke pejabat yang terletak di Wangsa Maju itu baru-baru ini, Mawi menjelaskan, pejabat berkenaan akan dirasmikan awal Januari depan.

Penyanyi paling popular itu mengakui berpuas hati dengan cetusan idea Casa Impian yang sebelum ini menaja hiasan dalaman banglo Teratak Bonda miliknya.

“Saya memang suka hasil kerja Casa Impian. Sebab itu saya tidak teragak-agak memilih syarikat ini sebagai perunding reka bentuk dalaman pejabat baru MWSB. Saya berterima kasih kepada Pengarah Urusan Casa Impian, Datin Noorlinda Abd Talib kerana sentiasa memberi yang terbaik kepada MWSB.

“Pejabat ini turut dilengkapi studio tarian dan studio gambar. Selepas ini bolehlah saya berlatih menari di pejabat dan jika ada media berminat mengambil gambar saya, bolehlah menggunakan bilik studio yang disediakan.

“Studio tarian ini juga dibuka kepada orang ramai. Sesiapa yang berminat menggunakan studio ini boleh menghubungi MWSB,” katanya sambil menjelaskan, kerja-kerja pengubahsuaian mengambil masa tiga minggu dan siap sepenuhnya semalam.

Mengulas lanjut aktiviti anjuran MWSB, anak jati Felda Taib Andak ini berkata, pelbagai program menarik diatur untuk sepanjang 2008.

Antaranya, bintang kesayangan ramai ini akan bercuti sekali lagi bersama peminat setianya Mac depan. Destinasi pilihan kali ini adalah Los Angeles. Meskipun belum dilancarkan, Mawi gembira apabila 30 orang mendaftar untuk turut serta dalam percutian itu.

MWSB juga menganjurkan seminar kecantikan, penampilan diri dan kelas tarian. Tidak ketinggalan pertandingan badminton dan memancing.

“Saya berbesar hati kerana bermula 2 Januari ini, pasar raya besar Carrefour menyediakan satu sudut khas yang menempatkan barangan jenama Mawi, antaranya kemeja-T, topi, alat tulis dan beg sekolah. Sudut khas ini ada di semua cawangan Carrefour.

“Penghujung Januari juga, saya akan terbang ke Turki untuk rakaman program terbitan Astro Oasis. Sebagai hos program ini, saya akan mengupas budaya Islam Turki pra dan pasca moden. Banyak tempat akan saya jelajahi, termasuk Ankara dan Istanbul,” katanya yang dijangka menyambung kembali penggambaran Aduh Saliha Mac depan.

Sambil menunjukkan kawasan pejabat barunya, Mawi berkata, segala urusan surat menyurat boleh dihantar ke pejabat barunya di No.11-2, Blok 3B, Jalan Wangsa Delima 10, Wangsa Maju, 53300 Kuala Lumpur.

Metro Ahad

Thursday, December 13, 2007

Kerana Karina Dinner

Hari selasa lepas bersamaan dgn 11/12/2007, saye dan zahar telah berkesempatan utk menghadiri Majlis Pra-Tonton dan Penyerahan Sijil Pengiktirafan The Malaysian Book of Records Kerana Karina. Terima kasih kami ucapkan kepada MZul, Suraya, Eshter, Ofey, Boon, n other GUA Team yg telah menerima kami sebagai tetamu n memberi layanan yg cukup baik. Majlis berlangsung di Hotel Hyatt Saujana, Subang. Majlis bermula agak lambat kerana ramai diantara tetamu yg sepatutnya hadir tersekat dlm kesesakan lalu lintas.

Ally Iskandar sebagai pengacara majlis memulakan majlis dgn dinner secara buffet. Selepas sahaja selesai makan, Boss Gua iaitu En Mzul memberikan ucapan dan merasmikan majlis. Kemudian Kerana Karina Episode 1-3 telah ditayangkan kpd tetamu yg hadir. Selepas itu Marsha dijemput naik ke pantas utk mendendangkan lagu "Yang Mana". Persemabahan marsha sgt bagus...vokal nye lebih baik dr yg recording :) Kemudian bermula pula upacara penyerahan sijil oleh The Malaysia Book of Records dimana Kerana Karina diiktiraf sebagai drama bersiri online yang pertama! Tahniah!

Setelaj selesai penyerahan sijil n bergambar, sekali lg tetamu diberi penghormatan khas utk menyaksikan Kerana Karina Episode 18-20. Wahhh ending nye mmg sengaja dibuat begitu supaya penonton tertanye-tanye? Adakah akan ade season 2? hehe. INSYAALLAH!. Kiter tunggguuu n lihat ok ;)

hmmm rase nye tue saje kot...hehe...ok la...I end this report with the monolog from Karina in the last episode (wahhhh...feel giler marsha)...

"Ada orang beritahu saya, kadang2 dalam hidup, kita mesti berkorban, satu hari keadaan akan membuat kita korbankan sesuatu yang paling kita sayang. Memang, itu lumrah hidup, kadang2 kita tak sedar, apa yang ada di depan mata, sampai satu hari, bila semua tu dah hilang baru kita akan terasa.

Bukan senang nak buat satu keputusan, Lebih2 lagi bila keputusan itu perlukan pengorbanan. Mungkin kita akan menyesal, tapi setiap apa yang kita lakukan telah di tetapkan, ada hikmahnya. Walaupun kita rasa hidup itu tidak adil, tetapi sesuatu yang baik, akan tetap berlaku".


Marsha n Zizan = Karina n Imran


Pose Marsha Pose


Cast n Production Team Kerana Karina


Cast n Director Kerana Karina


Marsha pose kat luar plak...hehe


Isn't she gorgeous?


Team Gua

Wednesday, December 12, 2007

Kerana Karina ~ Episode 20 (finale)


Between love and career, which second chance will Karina pursue to fulfill her life? Watch this finale to witness the decision that Karina makes!

Tuesday, December 11, 2007

Keputusan Bowling Underneath Pokok Klapak

TANDA PENGHARGAAN

TERIMA KASIH

Kepada semua kelab peminat Akademi Fantasia dan kelab artis lain yang terlibat secara langsung atau tidak dalam memeriahkan Bowling Underneath Pokok klapak. Kami dari pihak Marsha United menyusun jari memohon maaf andai ada salah dan silap dari segi pertuturan tingkah laku serta kekurangan sepanjang Tournament ini. Kerjasama yang anda berikan amat kami hargai dan ingati semoga suatu masa nanti kita dapat bersama-sama menjayakan pelbagai aktiviti di majlis lain.

Pasukan Terbaik

1. Noni FC = 1977

2. Ebi FC 1 = 1899

3. MawiFrenz FC = 1837

Pemain Terbaik

1. Lelaki à KZBK (Noni FC) = 574

2. Perempuan à Jastina (Ebi FC) = 570

Juara Longkang

Sue (Gua)

Ira (Heliza FC 2)

Paz (Chocolate)

Shanee (Shawal fc)

48 Ranking Pasukan

No

Pasukan

Team total

1

Noni FC

1977

2

Ebi FC 1

1899

3

Mawi Frenz Fc

1837

4

Konichi Hensem

1806

5

AIZAT FC

1793

6

Shawal FC (C)

1786

7

Candy FC

1755

8

Akma FC

1748

9

3G1K

1748

10

NINGCLIX

1740

11

Noni FC

1717

12

Mawi Frenz D

1708

13

Kefli FC

1678

14

Shawal FC B

1647

15

Mafia Gangstarz

1639

16

D Abdul Mawifrenz

1636

17

Cendol Goreng

1599

18

ZA8 FC

1569

19

Amylea Otai

1569

20

Satria Club

1564

21

Marsha United 1

1558

22

Zila FC B

1541

23

The Nates

1540

24

N Bianz

1539

25

Ebi FC 2

1534

26

Kids team

1522

27

Zila FC

1517

28

Tongkang Jekspero

1505

29

Davom 1

1495

30

Marsha United 2

1480

31

Farah FC

1474

32

Shawal FC D

1469

33

Hai

1455

34

Amylea Stylo

1434

35

Bowlers of the Caribean

1406

36

Ekin FC

1396

37

Heliza FC 5

1390

38

Davom 2

1379

39

Zila FC D

1377

40

Heliza FC 3

1364

41

Zila FC A

1351

42

Heliza FC 1

1337

43

Bloggers

1313

44

Gua

1274

45

Heliza FC 4

1229

46

Chocolate

1128

47

Heliza FC 2

1080

48

Shawal FC A

970

Sekalung budi ucapan terima kasih pada artis-artis yang terlibat kerana sudi hadir meluangkan masa bersama Bowling Underneath Pokok klapak.

Heliza

Diddy

Noni

Shawal

Amylea

Newboyz





Dan lain-lain

Bloggers





Joe lee

Bad




“Jasamu diingatan”

Semoga kita berjumpa lagi!