Sunday, December 9, 2007

Mawi ke Juara Lagu 2007!!



Harap saya masih belum terlambat untuk mengucapkan TAHNIAH kepada Mawi yang berjaya melayakkan diri ke Juara Lagu yg ke 22 nanti melalui lagu Angan dan Sedar. Nyata populariti Mawi seiring dengan kekuatan lagu ciptaan M Nasir & Loloq ini. Lagu sahaja yang kuat tak menjanjikan kemenangan. Saksikan video di bawah sekiranya anda belum menonton persembahan tersebut.






Mawi bermula dengan menggoyang2kan badan untuk sama2 menari dengan penari2. Saya kurang pasti yang mana satu Mawi pada awalnya memandangkan warna baju para penari sama dengan baju Mawi. Nasib baik tiada penari yang sama botak oleh kerana mereka semua memakai topi. Vokal Mawi bermula dengan baik namun seakan sedikit semput di pertengahan lagu hingga akhir. Tapi Mawi nampak 'excited' dengan persembahannya sehingga mempengaruhi ke'excited'an para penonton. Mungkin juga beliau teruja dengan peminat setianya yang tak jemu2 menyokong kerjaya beliau sebagai penyanyi.

Bagi seorang yang pernah digelar 'kayu', gelagat Mawi menari sangat2 ditunggu oleh para peminatnya kerana setiap saat Mawi menari adalah 'mahal'!! Hahaha... Namun saya kurang selesa Mawi kerap menunjukkan gaya yang seakan2 sama setiap kali membuat persembahan yang ada ketikanya meniru gaya M Nasir. Tapi, itulah Mawi. Itulah gaya yang beliau suka dan saya pasti ada peminat yang suka beliau menunjukkan apa jua cara sekalipun.

Tapi kan, kameraman TV3, tolongla jangan gerak2kan kamera terlalu kerap. Saya faham anda hanya mahu menunjukkan kreativiti anda dalam merakam satu2 persembahan, tapi boleh tak jangan gerak sangat kalau Mawi yang menyanyi? Hahaha...

Saksikan persembahan Mawi di Juara Lagu ke 22 yang akan ditayangkan awal Januari depan. Kalau ada tiket, jangan lupa kami di sini ya!


video atas ehsan aling@Mawifc