Monday, December 17, 2007

Ulasan Penuh Bowling Underneath Pokok Kelapak


Kami ingin melihat Marsha gembira sebagaimana beliau menggembirakan kami, para peminatnya! Itulah salah satu tujuan kami di M2MFrenz yang bergabung dengan beberapa fan club Marsha yg lain dalam menjayakan Bowling Underneath Pokok Kelapak kali ini.


Sebagaimana yg anda tahu, 9 Disember lepas , gabungan beberapa fan club Marsha, iaitu Marsha United telah menganjurkan Pertandingan Bowling yg diberi nama 'Bowling Underneath Pokok Kelapak'. Untuk pengetahuan semua, Marsha turut sama dalam perbincangan awal dalam menjayakan Bowling Tournament kali ini.

Pertandingan bertempat di Ampang Superbowls, Berjaya Times Square bermula 9.30 pagi. Kami, para petugas dan ahli komiti Marsha United, kebanyakkannya sampai pada pukul 9.00 pagi. Ada yang datang lebih awal untuk menyudahkan kerja2 terakhir yang tidak dapat disiapkan semalamnya.

Pendaftaran bermula tepat 9.30 pagi. Sebanyak 48 pasukan memenuhi lane bowling yang terdiri dari 4 orang setiap pasukan. Kami kagum kerana ada team yg sungguh teruja untuk bermain hinggakan mereka tiba lebih awal dari kami dan ada yang menunggu di depan meja pendaftaran. Syabas atas semangat kesukanan yg anda tunjukkan! Tahniah juga buat rakan2 artis, bloggers dan media yg turut sama memberi sokongan untuk Marsha dan team masing2. Antara yang hadir adalah Heliza, Amylea, Shawal, Noni, Diddy, New Boyz - Tomok & Ristoe, team Majalah HAI, team gua.com.my dan bloggers tersohor, Joe Lee a.k.a klubbkidd dan Badrul.

Marsha tiba tepat jam 10 pagi bersama Nadia, PR dari Maestro. Para komiti yg bertugas merasa sungguh bersemangat dengan kehadiran beliau yg menambahkan lagi 'aura' semangat kami. Sponsor kami kali ini ialah www.gua.com.my dan Cupcakes Kitchen. Goodie bags tajaan Gua.com.my dan sarapan pagi sempat diberi sejurus sebelum pertandingan bermula.
Pertandingan dimulakan pada jam 11.00 pagi dan berakhir pada jam 12.45 tengahari. Setiap pasukan bermain 3 games. Sebelum acara penyampaian hadiah bermula, Marsha, Heliza & Amylea, dengan secara spontan telah menghiburkan para pemain dan peminat dengan lagu 'Mencintaimu'. Kedua2 Marsha dan Heliza pernah menyanyikan lagu ini semasa persembahan show masing2. Kami semua terpegun dengan kerjasama ketiga2 artis yang masing2 menunjukkan vokal mereka yg 'power'. Seterusnya, Marsha meminta Heliza menyanyikan sebuah lagu untuk beliau di mana Heliza menyanyikan lagu 'Cinta di Lautan Lalang' dengan iringan dan sorakan dari para peminat beliau yg memang happening!

Sejurus sahaja Heliza selesai menyanyi, kami, para komiti Marsha United menyanyikan lagu 'Happy Birthday' sebagai kejutan Harijadi Marsha yg jatuh pada 6 Disember lalu. Kek yang ditempah khas dari Secret Recipe itu dibawa perlahan2 dari arah kaunter hinggalah ke hadapan Marsha. Saya lihat, Marsha menutup separuh mukanya tanda terkejut dan menitiskan air matanya kerana terharu yang amat sangat. Beliau difahamkan tidak menyangka yang kami akan membuat kejutan tersebut. Yang nyata, beliau kelihatan begitu gembira dengan sambutan penuh kejutan ini.

Selepas kek dipotong, acara diteruskan pula dengan majlis penyampaian hadiah. Tahniah kepada pemenang yg berjaya! Keputusan penuh boleh diperolehi di SINI. Hadiah saguhati diberi pada setiap 48 pasukan yang bertanding berupa cupcakes sumbangan Cupcakes Kitchen. Hadiah tempat ke 4 hingga 10 menerima sebuah ‘hamper’ manakala 3 pasukan teratas menerima ‘hamper’ dan ‘plaque’ pokok klapak. Pemain terbaik lelaki dan wanita menerima sebuah ‘mug’ yang direka khas. Bagi pemain yang paling sedikit mengutip mata atau lebih popular dengan gelaran ‘juara longkang’, mereka menerima sebiji buah kelapa seorang.

Majlis berakhir lebih kurang pukul 2.30pm. Terima kasih yang tak terhingga diucapkan kepada penganjur, ahli komiti Marsha United, para pemain dan peminat yang sudi hadir dalam menjayakan bowling Underneath Pokok Kelapak 2007. Insya Allah, tahun hadapan, kita jumpa lagi!


POKOK KELAPAK WORLD!!

*gmbr akan ditepek kemdn